PERATURAN KESELAMATAN DAN DISIPLIN SEPANJANG KAKOM TAHUN 2022.

1.0              Pendahuluan

1.1              Peraturan-peraturan ini wajib dipatuhi oleh setiap peserta  pada setiap masa sepanjang KAKOM berlangsung.

1.2              Peraturan-peraturan dan arahan-arahan tambahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa juga wajib dipatuhi oleh setiap peserta di sepanjang KAKOM dijalankan.

1.3              Peraturan-peraturan ini digunapakai semasa berada di semua tempat aktiviti KAKOM dijalankan sama ada di dalam kolej atau diluar kolej.

1.4              Jika ada apa-apa pertanyaan setiap peserta dikehendaki berurusan dengan urusetia melalui pegawai-pegawai masing-masing.

 

2.0              Tempat Aktiviti KAKOM dijalankan

2.1              Setiap peserta diwajibkan berada di tempat aktiviti KAKOM dijalankan.

2.2              Setiap peserta  tidak dibenarkan keluar dari tempat aktiviti KAKOM kecuali setelah mendapat kebenaran dari pihak urus setia (pertandingan diluar kolej).

 

3.0              Adab Sopan Sepanjang KAKOM  2022.

3.1              Setiap peserta hendaklah menjaga kesopanan dan kesusilaan serta menjaga  nama baik Kolej Matrikulasi sepanjang aktiviti KAKOM dijalankan sama ada di dalam atau luar kolej.

3.2              Setiap peserta hendaklah sentiasa menjaga sensitiviti kaum dan tidak menggunakan bahasa (lisan atau bukan lisan) yang boleh menimbulkan perasaan kurang senang pada peserta lain.

3.3              Setiap peserta mestilah mempunyai semangat kesukanan yang tinggi sepanjang aktiviti KAKOM dijalankan.

3.4              Setiap peserta hendaklah  sentiasa saling hormat menghormati antara satu sama lain dengan pihak urusetia, pegawai-pegawai KAKOM, jurulatih, sukarelawan yang terlibat bagi melancarkan  aktiviti KAKOM.

 

4.0              Keselamatan Dan Disiplin  Di Sepanjang  KAKOM Dijalankan

4.1              Keselamatan dan disiplin adalah dibawah tanggungjawab pihak urus setia, pegawai-pegawai KAKOM dan peserta sendiri.

4.2              Setiap peserta mesti memakai dan mempamerkan tanda nama masing-masing sepanjang aktiviti KAKOM berlangsung.

4.3              Sebarang insiden atau kecemasan hendaklah dilaporkan serta merta kepada urusetia atau mana-mana pegawai KAKOM yang berkenaan.

4.4              Setiap peserta mestilah mematuhi arahan-arahan keselamatan dari pegawai-pegawai bertugas.

4.5              Setiap peserta tidak digalakkan membawa atau memakai barangan kemas atau barangan yang berharga.

4.6              Peserta tidak digalakkan meninggalkan barang-barang   berharga di dalam bilik asrama.  Sebarang kerosakkan dan kehilangan barang-barang adalah tanggungjawab peserta.

 

5.0              Peraturan Berpakaian

5.1              Setiap peserta hendaklah sentiasa memakai pakaian yang sesuai dan sopan serta  tidak menjolok mata ketika berada di semua lokasi aktiviti KAKOM dan kawasan kolej.

5.2              Setiap peserta hendaklah memakai pakaian yang bersih dan kemas sepanjang KAKOM.

5.3              Bagi peserta beragama Islam , mereka mestilah memakai pakaian yang menutup aurat semasa berada di surau atau masjid.

5.4              Etika dan peraturan pakaian  pelajar Kolej Matrikulasi adalah diterima pakai dan  setiap peserta wajib mematuhinya.

 

6.0              Penglibatan Peserta Dalam Aktiviti KAKOM

6.1              Setiap peserta dikehendaki berada di lokasi aktiviti KAKOM 10 minit sebelum acara berlangsung.

6.2              Mana-mana peserta yang mengalami  sebarang masalah kesihatan yang menjejaskan penglibatannya dalam aktiviti KAKOM hendaklah memaklumkan kepada pihak urusetia atau pegawai-pegawai KAKOM dengan segera.

6.3              Setiap peserta mematuhi arahan yang diberikan oleh urusetia dan pegawai-pegawai KAKOM.

 

7.0              Peraturan Di Asrama

7.1              Peserta hendaklah berada di dalam bilik yang disediakan selepas jam 11 malam.

7.2              Bilik  tidur di asrama mestilah sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.

7.3              Tilam mestilah sentiasa dialas dengan cadar dan bantal  disarungkan dengan  sarung bantal.

7.4              Keadaan bilik mestilah sentiasa bersih dan kemas.

7.5              Dilarang mengubah susunan perabut di dalam bilik asrama

7.6              Peserta dikehendaki menjaga bilik mandi dan  tandas sentiasa bersih selepas digunakan.

7.7              Kawasan diluar bilik  dikehendaki kemas, bersih dan teratur.

7.8              Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat, sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

7.9              Peserta tidak dibenarkan memasuki mana-mana blok asrama lain tanpa kebenaran.

7.10          Sebelum meninggalkan asrama, pastikan bilik berada dalam keadaan asal dan bersih.

7.11          Peraturan tinggal di asrama   Kolej Matrikulasi adalah diterima pakai dan  setiap peserta wajib mematuhinya.

 

8.0              Larangan Kepada Peserta

8.1              Setiap peserta pada bila-bila masa dilarang melakukan perkara-perkara seperti berikut;

8.1.1        Melakukan apa-apa tindakan yang menyalahi Undang-Undang Negara dan  peraturan Kolej Matrikulasi.

8.1.2        Menghisap rokok sepanjang aktiviti KAKOM.

8.1.3        Membawa, memyimpan dan menguna sebarang senjata tajam atau senjata merbahaya.

8.1.4        Mengambil, mengguna, membawa, menyimpan atau mengedar sebarang jenis dadah yang dilarang, minuman keras dan bahan lucah.

8.1.5        Berada di kawasan asrama  peserta dari jantina berlainan(peserta lelaki tidak dibenarkan di kawasan peserta perempuan dan sebaliknya).

8.1.6        Melakukan sebarang kerosakan ke atas harta benda, kemudahan awam, harta benda asrama dan lain-lain .

8.1.7        Peraturan pelajar   Kolej Matrikulasi adalah diterima pakai dan  setiap peserta wajib mematuhinya

  

9.0              Keselamatan Lalu Lintas

9.1              Semua kenderaan hendaklah dipakirkan di tempat yang disediakan.

9.2              Kenderaan pegawai tidak dibenarkan pakir di tepi jalan untuk mengelakkan kesesakan.

9.3              Bas hendaklah dipakirkan di kawasan yang berdekatan padang hoki.

9.4              Semua kenderaan tidak dibenarkan untuk memasuki ke kawasan sekitar Astaka.

 

 

10.0          Pihak urusetia dan pegawai-pegawai KAKOM akan sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan dan pegawasan yang diperlukan sepanjang aktiviti KAKOM berlangsung.

 

11.00   Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Jawatankuasa  Pengelola  yang berkaitan:

             

            Urusetia           : Pn. Jainah binti Haji Mohd Shukur (KU Koku) - 016-753 4350

                                    : En. Ahmad Effendy bin Abdul Razak - 019-3666514

 

            JK Kecemasan, Keselamatan dan Disiplin Pelajar:

                                      Pn. Sharifah Huda binti Syed Ismail  - 019 -6697553

                                      Pn. Suzana binti Mad Hezir - 019-3348460.                                       KEMBALI